Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tun Dr. Mahathir Akui...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui masih menikmati beberapa kemudahan...

750 Pengamal Media Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 750 pengamal media tempatan dan antarabangsa mewakili kira-kira 100...

Keadilan Untuk Adib: Dakwa...

1. Pergerakan Pemuda UMNO melahirkan rasa amat sedih dan simpati dengan kematian Anggota...

Nicol Bermula Dengan Langkah...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara yang juga pemain nombor dua dunia, Datuk...

Harimau Bintang, Buaya Boleh Kongsi Makan

Massai Mara (Kenya) – Seekor kuda belang berjaya melepaskan diri selepas dibaham seekor buaya yang kelaparan, tetapi dibaham harimau bintang yang menunggu di tebing sungai.

Nasib kuda belang berkenaan berakhir dengan menjadi makanan untuk kedua-dua haiwan pemangsa itu di taman negara di sini.

Gambar kejadian itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar, Ingo Gerlach.

“Saya melihat sekumpulan kuda belang bersiap sedia untuk menyeberang sungai. Ketika itu, sungai berkenaan penuh dengan buaya.

Saya pasti kuda belang berkenaan menyedari kehadiran ‘sang bedal’, tetapi terpaksa menyeberanginya dengan berlari pantas.

“Bagaimanapun, seekor daripadanya dibaham. Dia berjaya melepaskan diri, tetapi jatuh apabila berada ditebing, mungkin kerana cedera,” kata Gerlach.


Menurut jurugambar itu, ketika berada di tebing berbatu itu, seekor harimau bintang jantan pula muncul.

“Kerana cedera, kuda belang itu tidak berpeluang melarikan diri. Harimau itu menerkam lehernya.

“Kuda itu rebah. Buaya terbabit pula merangkak naik dan membaham belakang mangsanya.

“Kedua-dua haiwan itu berkongsi mangsa sebelum buaya itu berpatah balik ke sungai dan harimau bintang itu ke gigi air untuk minum,” kata Gerlach. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori