KUALA LUMPUR – Hentian sebelah Sungai Buloh (haluan selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara kepada orang awam bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan esok.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) berkata semasa penutupan itu dari 9.30 pagi hingga 5 petang, semua gerai dan kemudahan awam akan ditutup.
PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuhraya itu atas perhatian dan kerjasama mereka.
Orang awam boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk maklumat lanjut. – BERNAMA