Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Layakkah Adik Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying yang juga...

Keluarga Dedah Jasad Jacko...

HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di...

Penggunaan Katil ICU Cecah...

KUALA LUMPUR - Sistem kesihatan negara berhadapan tekanan besar termasuk penggunaan katil unit...

Yahya Gesa Koperasi Amalkan...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin menyeru anggota...

Hina Kesultanan Johor: Aduka Taruna Ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang gelar dirinya sebagai Aduka Taruna ditahan polis bagi bantu siasatan berhubung tulisan yang hina dan hasut institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial Facebook (FB).

Lelaki tempatan yang berusia 36 tahun itu berjaya ditahan pihak polis kira-kira jam 10 pagi pada Jumaat di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. yang mengesahkan perkara itu, berkata penahanan suspek adalah untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, pada Khamis.

Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba daripada suspek berkenaan.

Baca: Pembangkang Pertahan Aktivis Hina Sultan Johor

Juga: Wanita Berjawatan Polis Hina Sultan Johor & Pahang?

Lagi: Hina Sultan – Naib Pengerusi PKR Johor Diikat Jamin

Dan: Ditahan Polis Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor

Serta: Lebih Ni… Akhbar Cina Hina Islam, Langgar Syarat

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, di sini.


Menurut beliau, perintah tahanan reman untuk lelaki tersebut juga akan dipohon daripada pihak mahkamah dalam waktu yang terdekat.

Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kebebasan menulis di laman sosial untuk menyebarkan kenyataan yang berbaur fitnah atau hasutan.

Ia termasuk tulisan yang jelas boleh mencemarkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori