Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Alasan Tak Munasabah Seks...

Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini...

Persepsi PEKIDA Sebagai Kongsi...

KUALA LUMPUR: Persepsi negatif masyarakat yang menganggap Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia...

Tiada ADUN BN Segamat...

SEGAMAT – Anggota Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong menafikan dakwaan pembangkang bahawa...

Rumah Dihias Macam Alam...

SEORANG wanita yang meminati pelangi telah menjadikan rumahnya sebagai `fantasi ’ dan berjaya...

Honda Keluarkan Superbike MotorGP Yang Sebenar

HONDA adalah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kualiti dan performance jenteranya yang bereputasi tinggi.

Kereta buatan Honda menjadi pilihan kerana rekaannya yang kontemporari dan paling penting harganya boleh dikira mampu milik oleh orang awam.

Tapi TIDAK untuk jentera ini…

CB2-720x539

Ini adalah jentera super eksklusif Honda, RC213V-S.

Anda bayangkan ia sama seperti superbike lain di jalanan? Kalau ya, tanggapan itu salah kerana jentera ini merupakan superbike perlumbaan MotoGP sebenar, yang membezakannya cuma dipasang lampu hadapan, cermin sisi dan nombor plat.

Jika anda inginkannya, Honda Racing Corporation (HRC) menetapkan harga RC213V-S ini bergantung kepada kawasan pasarannya. Pasaran Amerika bernilai USD$184,000, €188,000 bagi pasaran Eropah, di Australia sekitar AUD$244,000 dan di Jepun sendiri harganya ¥21,900,000.

Jangan risau, kami telah convert nilai matawang Ringgit Malaysia semasa seperti gambar di bawah.

Currency


Currency2

Currency3

Currency4

RC213V-S telah dipertontonkan sebagai jentera prototaip pada EICMA 2014 dan pada 2015 Honda membuat pengumuman rasmi tentang pembuatan jentera hebat ini.

Sebuah senjata MotoGP yang asli dengan perubahan minima untuk kegunaan jalanan! Jentera ini menyerupai RC213V ditunggang Marc Marquez yang telah dua kali menjuarai kejohanan MotoGP dunia.

Ini bermakna, RC213V-S merupakan motosikal yang sangat hampir dengan jentera digunakan dalam MotoGP di mana ia mempunyai kelajuan yang dahsyat serta teknologi tinggi selain, hanya penunggang ‘daredevils’ sahaja sesuai untuk menunggangnya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cuOFWdVQw_M]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori