Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Azmin Dakwa PN Mampu...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di...

‘Hati Saya Diselubungi Pilu’...

Berita tentang penemuan serpihan juga jasad penumpang pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 bukan...

Zarina Anjoulie Gaduh Dengan...

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi 'medan pertempuran' antara pelakon...

Boleh Mohon Baucar Buku...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT)...

Hospital Sibu Rayu Bantuan Darah

SIBU – Hospital Sibu merayu untuk mendapat bantuan darah berikutan simpanan darahnya tidak akan mencukupi semasa tempoh sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Pembantu Pegawai Penerangan bank darah hospital itu, Lily Sinta berkata simpanan 180 pain darah yang ada sekarang hanya mampu bertahan selama seminggu.

“Penggunaan kami setiap hari ialah antara 20 hingga 30 pain. Kami perlu menambah sekurang-kurangnya 300 pain untuk menampung penggunaan semasa cuti umum Tahun Baru Cina,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bank darah berkenaan perlu juga memastikan bekalan untuk enam hospital luar dan hospital persendirian di zon tengah.


Bank daerah berkenaan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Khamis dan dari pukul 8 pagi hingga 11.15 pagi dan dari pukul 2.15 tengah hari hingga 4.30 petang pada Jumaat.

Ia ditutup pada hujung minggu dan cuti umum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori