Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rozman Ikrar Terus Wujudkan...

LABUAN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli...

Wanita Dedah ‘Schatz’ Adalah...

SEORANG wanita mendedahkan teman lelakinya adalah pesawat yang ditemuinya di lapangan terbang lima...

Curi Jam Omega, Petugas...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri seutas jam tangan jenama Omega milik seorang pelancong,...

Anggota PKR Diingatkan Jaga...

KUALA LUMPUR - Kedua-dua sayap PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita senada...

Ibu Bapa Teruja Hantar Anak Ke Sekolah

MUAR – Tiada apa yang lebih mengembirakan seorang ibu apabila berpeluang menghantar anak pertamanya ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2016.

Tinjauan BERNAMA di sekitar Muar mendapati ibu bapa sanggup datang seawal 6.30 pagi untuk memastikananak mereka tidak ketinggalan pada hari pertama persekolahan di Johor yang bermula hari ini.

Ketika perhimpunan pagi sekolah, wartawan mendapati beberapa murid Tahun Satu kelihatan mengantuk dan sekali sekala menguap kemungkinan kerana tidak biasa bangun awal pagi.

Seorang ibu muda, Pamale S.Vencent, 28, yang bekerja di Kedah sanggup mengambil cuti seminggu untuk kembali ke kampung halaman di Bukit Bakri, di sini semata-mata untuk menghantar anak perempuan pertamanya mengikuti hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Nan.
“Saya bangun seawal 5 pagi untuk menyediakan sarapan serta kelengkapan persekolahan anak perempuan saya, Meldy Stefanie bagi memastikan dia bersemangat memulakan sekolah hari ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sekolah anaknya, di sini hari ini.

Pamale, yang merupakan seorang penjawat awam, berkata tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya sebagai seorang ibu apabila dapat melihat dengan mata sendiri anak pertama melangkah ke bilik darjah.

“Bagi saya, ia sesuatu yang amat berharga dan saya cukup teruja,” katanya.


Sementara itu, seorang nenek, Salimah Dahwan, 45, yang menghantar cucunya di sekolah sama berkata, beliau gembira dapat menemani cucunya Mohd Denial Fitri Abdullah melangkah ke Tahun Satu hari ini.

“Perasaan menemani cucu daripada menemani anak lebih hebat…perasaan ini sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Betul kata orang, kasih sayang kepada cucu lebih tinggi daripada anak kandung sendiri,” katanya.

Salimah berkata beliau menghantar cucunya ke sekolah pada pukul 7 pagi memandangkan jarak sekolah dan rumahnya tidak jauh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori