Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pengeluaran Kayu Sarawak Terus...

KUCHING - Pengeluaran kayu Sarawak dari ladang hutan mampu mencecah tiga juta meter...

SPRM Tahan Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan bergelar Datuk...

K’jaan Melaka Alu-Alukan Sebarang...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Belum Tubuh Parti Baru,...

BARU wujud ura-ura tentang penubuhan parti baru dari serpihan ahli PAS iaitu organisasi politik...

Ibu Gadis ‘Culik’ Mohon Maaf Kepada Masyarakat Malaysia

Sebagai seorang ibu, tiada apa yang diharapkan selain mengetahui anak berada dalam keadaan selamat dan sihat.

BACA: Gadis Rakaman Culik Menipu, Rupanya Lari Ikut Boyfriend!

Begitulah jugalah yang dirasai oleh ibu gadis ‘culik’, Asmah Mamai, 33; yang meluahkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pihak polis yang telah berjaya menjejaki anaknya yang hilang.

1457452_944649835620917_7550049066413281791_n (1)

1915713_1638843436379387_1481149077059404635_n

Pada masa yang sama, Asmah turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya kehilangan anaknya ini telah memberi kesan negatif.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya, saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara negatif yang berlaku.


“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada PDRM yang selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas mereka untuk menjejaki anak saya yang hilang. SEKIAN TERIMA KASIH,” tulisnya menerusi laman akaun Facebook miliknya.

Menurut Asmah, berita penemuan anaknya diketahui kira-kira pukul 1 tengah hari Jumaat selepas dimaklumkan oleh pihak polis.

Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14; dilaporkan ditemui pihak polis berdekatan Stesen Minyak di Banting, Selangor kira-kira pukul 10 malam Khamis.

Hasil siasatan, remaja ini mengakui membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik kerana ingin mengikut teman lelakinya dan mahu hidup bebas. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HDbkFw9MhXA]

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori