Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPLB Salur RM38 Juta...

YAN - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan RM38 juta bagi...

Mangsa Banjir Johor Melonjak,...

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini terus melonjak kepada 2,553 daripada 653...

Jangan Jadikan Politik Karier...

KUALA LUMPUR - Pelajar luar negara diingatkan supaya tidak menjadikan bidang politik sebagai...

MyDhalanTheLegend & #KisahSeorangBiduan

20 TAHUN lalu di hotel sohor Kuala Lumpur, saya sempat duduk semeja dengan bintang...

Ibu “Menyusu Anak” Berang, Laman Parodi Nyaris Bungkus

KECOH jadinya laman sosial sehari dua ini tentang isu segelintir ibu muda ‘belanja’ gambar mereka sedang menyusukan anak yang dimulakan oleh sebuah laman Facebook parodi terkenal.

Ini bukan kali pertama isu hangat lagi kontroversi mula tercetus selepas dimuatnaik di laman Facebook Amran Fans – Official.

Laman yang cukup terkenal dengan tagline “Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka Yang Berakal” ini banyak memuatnaik status berunsur nasihat yang diselitkan lawak satira sinis lagi sarkastik.

Isu breastfeeding sejak mula dimuatnaik laman tersebut, mendapat perhatian hangat netizen hinggakan page tersebut mendapat kesan apabila golongan ibu muda yang marah foto mereka menyusukan bayi yang dianggap bukan satu kesalahan moral dikongsikan dengan umum, membuat aduan kepada Facebook.

ustaz33

nenen2

Akibatnya page parodi itu dipadamkan seketika oleh pihak Facebook, membuatkan adminnya menubuhkan sebuah lagi laman troll yang diberi nama “Meran Fans”.

Mungkin cara nasihat mereka agak kasar iaitu dengan memaparkan screenshoot gambar yang tidak diizinkan namun tujuan tersebut tak lain tak bukan hanya untuk menyedarkan golongan ibu muda yang berkongsi gambar di media sosial agar lebih tahu malu, demikian hujah admin dan penyokong Amran Fans.

Difahamkan, segelintir ibu muda yang berang dengan tindakan page tersebut turut membuat laporan polis bagi menyatakan ketidakwajaran admin laman terbabit menyiarkan gambar mereka.

lol

Mungkin juga tindakan ini, disebabkan sudah tidak tahan lagi dengan cacian dan makian netizen yang mengutuk perbuatan mereka.. iyalah, hati perempuan mana yang tak rapuh ‘dibahan’ beramai-ramai kan.

Namun apa yang dikesali ramai adalah tindakan kebanyakan ibu muda ini yang masih berdegil dan tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak berbuat apa-apa yang salah, dan berkeras menyatakan tindakan memuatnaik gambar menyusukan anak di Facebook tidak salah kerana masih menutup aurat.

Sehubungan itu, Ustaz Rahmat Ikhsan daripada Pencetus Ummah telah tampil mengatakan hukum perbuatan mereka itu adalah haram.

Kami percaya, para ibu terbabit melihat perkara ini dari sudut menyusukan anak bukan sesuatu yang taboo untuk dikongsikan dengan masyarakat tetapi pada masa sama, mungkin mereka belum faham kaitan antara ‘malu’ dengan ‘iman’ bagi umat Islam.


Sememangnya menyusukan bayi suatu perkara yang amat baik dan digalakkan dalam Islamdan tiada siapa menafikannya tetapi apabila memuatnaik gambar perbuatan itu di media sosial, ia adalah soal lain.

cow

Di tempat-tempat awam seperti kompleks beli belah sekalipun telah disediakan ruang tertutup bagi kaum ibu menyusukan anak secara privasi kerana perbuatan ini tidak sesuai dilakukan di ruang terbuka, tetapi apa gunanya jika si ibu berasakan tidak mengapa gambar mereka menyusukan bayi dikongsikan kepada umum.

Mungkin pada kita memberi susu pada anak secara terbuka bukanlah satu isu yang besar tetapi kita juga perlu memikirkan perasaan orang lain. Memang manusia rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu kan?

Seorang netizen turut berkongsi sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan lepas dalam sebuah penerbangan MAB di mana seorang ibu meminta bantuan anak kapal untuk memberikannya satu ruangan tertutup agar dia dapat menyusukan bayinya dengan selesa.

Anak kapal yang memahami keadaannya membantu mengaturkan untuknya sebuah ruang yang privasi.

Untuk pengetahuan si ibu yang memiliki sifat malu yang menebal dalam kisah ini bukanlah wanita beragama Islam, jadi renung-renungkanlah mengapa wanita Islam pula terlalu terbuka soal begini.

Apa pun, adalah tidak wajar terus-terusan mengecam para ibu yang mungkin tersilap langkah kerana kurang faham soal hukum agama apabila memuatnaik gambar menyusukan bayi mereka di Facebook  sebelum ini.

Setiap orang pernah lakukan kesilapan dan bagi kami, perkongsian yang dibuat sejak awal agak tersilap apabila menyiarkan keseluruhan wajah dan nama akaun Facebook para ibu yang terlibat kerana itu sudah menjatuhkan aib orang lain selain mencemar privasi seseorang, biarpun kononnya atas nama teguran.

Tak salah menegur tetapi harus diingat, Islam mengajar bahawa matlamat tak pernah halalkan cara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori