Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemandu Bas Persiaran Ditahan...

ALOR SETAR: Seorang pemandu bas persiaran ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja...

Akmal Tetap Iftar Di...

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan...

Akhirnya Anwar Senyum Salam...

CERIA... Suatu ketika dahulu, mereka tegang 'berlawan' di mahkamah yang menyaksikan Datuk Seri...

Video: Padah Suntik Minyak...

VIDEO ini menunjukkan detik mengerikan di mana seorang doktor cuba mengeluarkan cecair dipercayai...

Imigresen Kedah Tahan 23 Pati Warga Myanmar, Nepal

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Nepal dalam ‘Ops Sapu’ yang dijalankan di sebuah kilang besi di Alor Setar, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata mereka ditahan berikutan pemeriksaan pada pukul 6.50 petang di kilang itu yang terletak di Simpang Empat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, 11 lelaki warga Myanmar dan 12 lelaki warga Nepal berumur lingkungan 14 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pind.2002) kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua warga asing terbabit sedang bekerja di kilang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Yusri berkata kesemua yang ditahan itu ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori