Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengacara ‘Syok Sendiri’ Motif...

PASTI ramai orang di luar sana yang pernah menonton mahupun mendengar rancangan bual...

Nizam Tekad Terus Perjuangan...

TAWAU - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri...

Warga Kampus UKM Nikmati...

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penyedia telekomunikasi, Maxis Bhd menjalin...

Tambah Berat Demi Filem,...

PELAKON yang hebat mestilah yang sanggup berkorban demi menjayakan lakonan mereka lebih-lebih lagi...

IPD Sentul Kerah Anggota Polis Tingkat Langkah Cegah Jenayah

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul merancang untuk menempatkan lebih banyak anggota polis di kawasan strategik bagi meningkatkan kehadiran polis di tempat awam untuk mencegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R.Munusamy berkata pihaknya menyasarkan pengurangan jenayah sebanyak 10 peratus bagi daerah yang berpopulasi 1 juta orang.

“Kita akan arahkan ketua-ketua balai memainkan peranan mereka dalam mengatur gerak anggota masing-masing yang jumlah keseluruhannya kira-kira 1,000 orang.

Kita akan tumpukan tempat banyak berlaku jenayah,” katanya kepada sidang media selepas perjumpaan bulanan pertama IPD itu, hari ini.


Munusamy berkata pihaknya turut akan memberi tumpuan memperbanyakkan kehadiran di rumah-rumah ibadat dan bank, selain merancang mengadakan operasi jalan raya lebih kerap dalam usaha mengekang jenayah serta merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Beliau yakin jumlah anggota itu mencukupi dalam mencapai sasaran dan memadai dengan keperluan masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori