Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sudah Sampai Masanya Kawalan...

BELURAN - Sudah sampai masanya kawalan terhadap portal berita dan siaran melalui media...

PRU15: ‘Pentadbiran Muhyiddin Huru-Hara,...

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Kisah Lengan Baju Tunku...

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah...

Bekerjasama Membantu Komuniti Autisme...

KUALA LUMPUR – Yayasan Alpro, badan amal rantai farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro telah bekerjasama dengan pelukis terkenal, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai ARTJAMILA bagi mengumpulkan dana untuk komuniti Autisme di negara ini. Inisiatif tersebut menyaksikan Yayasan Alpro melancarkan koleksi tisu basah edisi terhad Alpro X ARTJAMILA yang memaparkan tiga ilustrasi unik yang dilukis oleh Wan Jamila sendiri. Untuk setiap pembelian tisu basah tersebut, Alpro telah menyumbang sebanyak RM0.60 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Sehingga kini, Alpro telah berjaya menjual lebih dari 21,000 paket tisu basah tersebut dan berjaya mengumpulkan sekitar RM13,000 untuk menyokong kanak-kanak yang menghidap autisme. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Alpro, Ostwin Paw Yen Thng menyatakan bahawa organisasi tersebut amat bersuka hati untuk bekerjasama dengan Wan Jamila yang juga merupakan seorang penghidap autisme. “Kejayaan Wan Jamila di dalam bidang seni lukis adalah bukti bahawa kanak-kanak dengan autisme juga mampu mencapai kejayaan di dalam hidup mereka jika diberi peluang dan kebebasan untuk mengekspresikan diri masing-masing,” kata beliau. “Kami berasa gembira kerana projek yang dianjurkan khas untuk komuniti Autisme ini diterima baik oleh orang ramai. Selaku organisasi yang mengutamakan pemberdayaan komuniti dan kebajikan masyarakat, kami akan terus menyalurkan pelbagai usaha demi membawa perubahan, khususnya untuk golongan kanak-kanak,” tambahnya. Dikenalisecara profesional dengan nama ARTJAMILA, Wan Jamila yang berumur 19 tahun, pertama kali menceburi industri seni lukis pada tahun 2017 dan semenjak itu pelukis istimewa ini telah memenangi pelbagai anugerah, pengiktirafan dan pujian di peringkat antarabangsa untuk pelbagai karya seni dan lukisannya. "Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini bersama Yayasan Alpro. Saya pasti sumbangan yang disalurkan kepada pihak NASOM ini akan membantu mengembangkan lagi potensi kanak-kanak Autisme di tanah air," kata Jamila. "Nasihat dan harapan saya adalah untuk semua orang memahami bahawa autisme bukanlah suatu kecacatan, malah ia hanya sejenis kemampuan yang berbeza," tambahnya. Julian Wong, Pengerusi NASOM memuji usahasama Yayasan Alpro dan ARTJAMILA dalam membantu menyebarkan kesedaran tentang autisme di kalangan rakyat Malaysia.“Autism Spectrum Disorder (ASD)sering disalahfaham sebagaisejenis penyakit, padahalsebenarnya ia tidak benar. Mereka yang menghidap autisme adalah sama seperti kita, kecuali mereka dikurniakan denagn kemampuan untuk melihat dan mengekspresikan diri dengan cara berbeza," kata Wong. "Kisah kejayaan individu seperti Wan Jamila dan penglibatan pertubuhan seperti Yayasan Alpro mampu memberikan kesedaran yang amat penting mengenai pemerkasaan komuniti istimewa ini", katanya lagi. Selain inisiatif tersebut, Yayasan Alpro juga sedang giat berusaha untuk memberikan sokongan kerja amal yang lain termasuk pembiayaan pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi kempen ‘Growing Stars Project’. "Ramai kanak-kanak yang kurang berkemampuan tidak mampu menyambung pembelajaran kerana tidak memiliki alat teknologi mahupun sambungan internet yang stabil di kawasan mereka untuk mengambil bahagian dalam Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dikendalisecara atastalian di masa PKP," kata Ostwin. "Untuk menjamin pendidikan pelajar yang terjejas oleh pandemik, projek terbaru kami bertujuan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM1.3 juta untuk menyokong sekurang-kurangnya 1000 isi rumah dengan pakej data ‘tablet’ dan internet," tambahnya. Untuk menyokong inisiatif Yayasan Alpro dan mengikuti semua informasi terkini mengenai kempen dan usaha amal yang dianjurkan, sila layari www.Alpro-foundation.com atau hubungi 019-388- 1923.

Isu Pelajar Kebulur: Tiada Seorang Pun Mohon Bantuan – Pensyarah

SEJAK kebelakangan ini, isu mengenai mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu kebuluran dan tidak cukup makan ekoran kesempitan wang menjadi topik paling hangat diperkatakan baik menerusi laman sosial mahupun media arus perdana.

Permasalahan ini lantas membuatkan masyarakat tanpa usul periksa bertindak menuding jari sekali gus menyalahkan kerajaan dan pihak pengurusan universiti kerana tidak menjaga kebajikan mahasiswa sebaiknya.

Hal itu membuatkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof tampil menerusi laman Facebook untuk menjelaskan perkara sebenar yang tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak selama ini.

Menurut Rohana yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan UM, sehingga ke hari ini pihaknya langsung tidak menerima sebarang aduan ataupun mahasiswa tampil ke hadapan untuk memohon bantuan sara hidup ekoran kesempitan kewangan diri.

20160114005426

“Semenjak tercetusnya cerita pelajar ‘lapar’ di media sosial saya masih ternanti-nanti pelajar yang memerlukan ini untuk tampil di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk memohon bantuan. Sehingga kini tidak ada sorang pun datang.

“Saya buat perjumpaan dengan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (YDP PMIUM) yang giat memohon bantuan di media sosial, konon ramai pelajar lapar dan juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (YDP MPPUM) dan Sekretariat Pelajar Kolej (SPK) dan meminta senarai nama pelajar lapar. Sampai sekarang satu nama pun belum saya terima,” tulisnya.


Sementara itu, wanita ini turut berharap agar isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi.

“Apa dah jadi pada kita??? Menteri dan pengurusan Universiti dicemuh kerana tidak menjaga kebajikan pelajar tetapi ‘pelajar lapar’ ni sebenarnya siapa?

Please be a ‘thinking person’. Allah beri kita akal untuk berfikir dan lengkap semua deria, bersyukurlah dan guna apa yang Allah beri dengan yang terbaik dan janganlah sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan untuk diperbesarkan. Letakkan niat yang baik dalam apa yang kita cakap dan tulis! Sentiasa bersangka baik!!,” ujarnya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat seorang penuntut universiti terkenal mengadu konon dia pernah mengalami usus terkoyak sehingga menyebabkan muntah darah kerana menahan lapar akibat kesempitan wang. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=AJhyC5UYvO0]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori