Kalau perasan, sejak kebelakangan ini aktres jelita Rita Rudaini  dilihat sering memuat naik gambar dan kapsyen yang romantis seolah-olah memberi hint sedang hangat dilamun cinta.
BACA: “Cinta Tanpa Diundang†..Rita Rudaini Dilamun Cinta?
Bagaimanapun, tuan empunya badan enggan memberi sebarang komen dan hanya mendakwa ianya hanya gimik semata-mata untuk pelancaran produk minyak wangi jenama terbaharunya.
Sementara itu, rakan karibnya yang juga pelakon Izreen Azminda menerusi Mangga Online mendedahkan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu sudah menemui penganti.
Tetapi, Izreen enggan bercerita lebih lanjut kerana merasakan lebih baik Rita mengumumkan berita gembira itu sendiri.
“Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?
“Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Izreen yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun memberitahu, dia masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.
Menurutnya, lelaki yang mahu memperisterikannya perlulah menyayangi anak lelakinya Adrian Umar seperti anak sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Mangga Online
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JiJ0Mfr2T88]