Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Proton Jamin Keluarannya Penuhi...

KUALA LUMPUR - PROTON pada Jumaat memberi jaminan bahawa kereta keluarannya memenuhi piawaian...

Harga Diesel Naik 3...

KAMPAR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek...

Semakan Jadual Penerbangan Haji...

KUALA LUMPUR - Bakal jemaah haji kini boleh membuat semakan jadual penerbangan masing-masing menerusi aplikasi THiJARI 2.0 yang dilancarkan hari...

Ambiga Tidak Dibenarkan Memasuki...

PETALING JAYA - Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dilarang daripada memasuki...

JAS Terengganu Arah PBT Pantau Pembakaran Terbuka

KUALA TERENGGANU – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan fenomena El Nino ketika ini.

Pengarahnya Roshadah Hashim berkata arahan itu juga meliputi pembakaran di tapak pelupusan sampah (TPS), kawasan hutan dan ladang pertanian.

“PBT serta jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan juga perlu memastikan tidak berlaku pencerobohan oleh mana-mana pihak lain yang boleh mencetus kebakaran di TPS, kawasan hutan atau ladang pertanian.

“Cuaca panas ekoran fenomena El Nino ketika ini boleh menyebabkan pembakaran terbuka tidak terkawal yang akan mendatangkan kemudaratan seperti jerebu, sekali gus mencemar udara kawasan persekitaran.

“Sebab itu, kita perlu memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan secara sengaja oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab walau atas alasan apa sekalipun kerana dikhuatiri akan mencetuskan pembakaran yang besar dan tidak terkawal terutama di kawasan tanah gambut,” katanya.

Beliau yang dihubungi Bernama berkata selain menjalankan kempen kesedaran, pihaknya juga akan melakukan rondaan yang lebih kerap di tempat berisiko dan mudah terbakar seperti kawasan tanah gambut.

Roshadah berkata hebahan larangan pembakaran terbuka dan kempen kesedaran alam sekitar itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran serta hebahan melalui khutbah Jumaat dan Facebook rasmi JAS Terenganu.


“Kami juga ada Seksyen Aduan dan Kontingensi untuk melakukan siasatan terhadap aduan yang diterima termasuk kes pembakaran terbuka di seluruh negeri,” katanya.

Ketika ini terdapat empat kakitangan yang bertugas di Seksyen Aduan dan Kontingensi, dua daripadanya dikhususkan menyiasat aduan di daerah Kemaman sahaja manakala dua lagi kakitangan bertanggungjawab menyiasat aduan yang diterima dari daerah lain.

“Bilangan kakitangan yang agak terhad ini bagaimanapun tidak menghalang kami membuat siasatan dengan pantas, namun kerjasama orang ramai sangat diperlukan untuk mengelak berlakunya pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan kualiti udara”, katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka turut dirasai di seluruh Semenanjung pada peng-hujung Januari hingga Mac ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori