KUALA LUMPUR – Setiap pemain bola sepak di negara ini berhasrat menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Bekas pemain Pahang, Azammuddin Akil berkata, beliau berasa bertuah kerana dipanggil bermain untuk JDT.
“Kini saya baru sedar betapa hebatnya kelab bola sepak JDT.
“Sememangnya tidak mustahil sekiranya ia merupakan impian bagi setiap pemain untuk bermain di sini,” katanya melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.
Azammuddin berkata, JDT memiliki segala-galanya yang terbaik di tanah air dalam aspek sukan bola sepak.
Katanya, ia merangkumi aspek latihan, kemudahan, prasarana mahupun fasiliti.
“Saya berasa cukup bertuah dapat mengembangkan karier bola,sepak saya bersama kelab ini,” katanya.- Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]TAkPUQXNLco[/wpdevart_youtube]