Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AMK Sambut Baik Saranan...

GEORGE TOWN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan Presiden Majlis Belia...

50,000 Siswa Universiti Texas...

DALLAS - University of Texas di Austin muncul sebagai institusi pengajian tinggi pertama...

Biden Kekal Tidak Sokong...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong...

Kerajaan Wujud 3.6 Juta...

KOTA BELUD - Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang...

JDT Tolak Penaja Yang Mahukan Publisiti

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menafikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan ditaja oleh penaja individu seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial.

Presidennya, Datuk Ismail Karim berkata, polisi JDT menjalin kerjasama tajaan jangka masa panjang adalah untuk program pembangunan dan bukan bagi tujuan publisiti.

“Kelab JDT sangat bertuah kerana mendapat beberapa penaja besar yang merupakan penjana ekonomi di Johor. Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin terdapat penaja individu yang ingin memberi tajaan kepada JDT adalah tidak benar.

“Polisi kelab mahukan kerjasama penaja jangka masa panjang untuk pembangunan sukan bolasepak dan bukannya penaja yang mahukan publisiti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail dalam pada itu memaklumkan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik pasukan JDT akan menyuntik dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk mengukuhkan lagi kewangan pasukan itu.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Harimau Selatan yang sama-sama turut menyumbang dan membentuk 30 peratus milikan kelab melalui Yayasan Penyokong JDT,” katanya.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan baginda akan memberi dana sebanyak RM50 juta kepada pasukan JDT pada musim ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Drsw8PSZMoM[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori