Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Barangan Keperluan Mencukupi Sehingga...

PUTRAJAYA - Bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri...

MP Gua Musang Yakin...

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yakin dirinya...

‘Ada Bom Kot?’ Ratusan...

PUTRAJAYA - Ancaman bom di dalam sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Ada Dalang Punca ADUN...

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor mengesyaki ada parti politik tertentu menjadi...

Jenazah Kapten Hasman Hussin Tiba Di KLIA

SEPANG – Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air hari ini.

Jenazah yang dibawa pulang menggunakan pesawat China Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 1.18 tengah hari.

Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang ditemui lemas dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1.18 tengah hari. - Foto BERNAMA
Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang ditemui lemas dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1.18 tengah hari. – Foto BERNAMA

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.

Rabu lepas, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia).


Allahyarham meninggalkan isteri Siti Hazwani Ahmad dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cPAys64aNrw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori