Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bapa, Anak Maut Dipercayai...

KUANTAN: Dua beranak Orang Asli maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa menangkap...

Singapura Tarik Kebanyakan Sekatan...

SINGAPURA: Republik ini mulia minggu depan dijangka menarik balik kebanyakan sekatan ketat yang...

Mahdzir Sangkal Dakwaan Jadikan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membantah cadangan peguam...

Rusiah Jemaah Haji Malaysia...

PETALING JAYA - Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak...

Jenazah Kapten Hasman Tiba Di New York Awal Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam banjir di Missouri, Amerika Syarikat, selamat tiba di New York jam 5.30 pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut kenyataan daripada Markas Tentera Darat, jenazah Hasman diterbangkan menggunakan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lambert-St Louis, Missouri pada 9.10 pagi waktu tempatan semalam (11.10 malam waktu Malaysia) ke New York.

Sementara penerbangan balik dari New York ke Malaysia masih sedang diusahakan.

Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.

Rabu lepas Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori