Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengakuan Mangsa Kemalangan Tentang...

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus...

Kru Malindo Air Ditangkap...

SYDNEY - Seorang kru kabin syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan yang ditangkap...

PRU-15: ‘Sungai Buloh Amat...

Seremban : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menangkis dakwaan...

7 Tip Pemeriksaan Kereta...

RAMAI dalam kalangan kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa atau langsung tidak...

Jenazah Ketiga Pelajar Maut Nahas Di Jordan Selamat Dikebumi

LENGGONG – Jenazah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, seorang daripada tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jordan Sabtu lepas selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Fatin Iqmal Idziyani tiba di Kampung Banggol Batu di sini kira-kira pukul 12 tengah malam sebelum disembahyangkan di Masjid Ehsaniah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lubuk Kawah pada pukul 1.05 pagi Khamis.

Kira-kira 200 penduduk kampung termasuk Anggota Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sama-sama menyambut jenazah dan bersolat jenazah.

Ibu Fatin Iqmal Idziyani, Rapidah Mat Rani yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Jordan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana menguruskan jenazah anak sulungnya itu.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Che Aziz Che Mahmood, 49, yang sudah 10 tahun tidak berjumpa dengan anak itu selepas berpisah dengan Rapidah pasrah atas ketentuan Illahi.

Nenek kepada Allahyarhamah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Timah Hussin, 80, sebak membaca berita mengenai kematian cucunya dalam akhbar tempatan di rumahnya di Kampung Bonggol Batu, Lenggong, Rabu malam. Allahyarhamah adalah pelajar Universiti Mu'tah, Jordan yang maut kemalangan jalan raya di Mafraq, Sabtu lepas. - Foto BERNAMA
Nenek kepada Allahyarhamah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Timah Hussin, 80, sebak membaca berita mengenai kematian cucunya dalam akhbar tempatan di rumahnya di Kampung Bonggol Batu, Lenggong, Rabu malam. Allahyarhamah adalah pelajar Universiti Mu’tah, Jordan yang maut kemalangan jalan raya di Mafraq, Sabtu lepas. – Foto BERNAMA

Nenek Allahyarham, Timah Hussin, 80, pula redha dengan nasib yang menimpa cucu yang dijaganya sejak kecil hingga tahun enam.


Sementara itu bapa saudara Fatin Iqmal Idziyani, Aidil Mat Rani 41, memberitahu kali terakhir Fatin Iqmal Idziyani pulang ke Lenggong adalah Oktober tahun lepas untuk bercuti dan menziarahi nenek serta keluarga.

Terdahulu, jenazah Fatin Iqmal Idziyani, Al Najiatun Nailah Mohd Safie dan Hana’ Azhar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 4.25 petang Rabu dengan penerbangan Royal Jordanian RJ185.

Jenazah Al Najiatun Nailah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Tumpat manakala Hana’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok, Machang.

Ketiga-tiga pelajar tahun tiga Universiti Mu’tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ylzp_mqehSA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori