Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Jangka Masa Ditetapkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menetapkan sebarang tarikh untuk menyelesaikan siasatan isu berkaitan...

Cabaran Blue Whale Dorong...

PERMAINAN Blue Whale atau paus biru yang mengarahkan pesertanya terutama remaja supaya bunuh...

Pengawal Selia Sektor Bertemu...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa khas baru-baru...

Kes COVID-19 Tertinggi Lingkungan...

PUTRAJAYA - Individu dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun mencatatkan angka tertinggi...

Jenazah Pelajar Malaysia Dijangka Tiba Petang Rabu

KUALA LUMPUR – Jenazah tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jordan Sabtu lepas dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 4.25 petang Rabu.

Menurut laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, jenazah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, akan diterbangkan dengan pesawat Royal Jordanian RJ185 pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan (7.30 pagi waktu Malaysia).

Jenazah Hana’ dan Al Najiatun Nailah kemudian akan diterbangkan ke Kota Baharu, Kelantan dengan pesawat MH1402 pada pukul 6.25 petang.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Wan Ahmad Fadli Shah berkata jenazah Fatin Iqmal Idziyani akan disolatkan di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini, sebelum dibawa ke Lenggong, Perak untuk dikebumikan.

Ketiga-tiga pelajar tahun tiga Universiti Mu’tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.


Menurut Education Malaysia Jordan, kerajaan Kelantan dan MAIWP bersetuju membiayai kos penghantaran pulang kesemua jenazah pelajar itu ke Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ylzp_mqehSA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori