Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kejam! Mulut Bayi Disumbat...

MEMBUANG bayi adalah perbuatan yang sudah cukup kejam, inikan pula membuangnya dalam keadaan...

Hubungan Yuna Dengan Kekasih...

TAK dapat dinafikan Yuna adalah kebanggaan Malaysia dan berada dalam kelasnya tersendiri apabila namanya...

RM200j Untuk Program Bantuan...

TAWAU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM200 juta untuk melaksanakan...

MKN Jawab Soalan ‘Perintah...

KERAJAAN memandang serius situasi semasa ancaman Covid-19 yang berbahaya ini terutama perkembangan gelombang...

JKKK Terengganu Diarah Tubuh J/kuasa, Gotong-Royong Perangi Denggi

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Terengganu diarah menubuhkan Jawatankuasa Komunikasi Perubahan Untuk Tingkah Laku (COMBI) berikutan wabak denggi yang semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata penubuhan COMBI telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Denggi negeri Rabu lalu dan ia juga akan menjadi pengukur Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi 998 JKKK.

“Setakat ini, lebih 80 COMBI telah pun diwujudkan di seluruh negeri, namun dengan trend peningkatan demam denggi yang berlaku ketika ini, kerajaan negeri mahu semua JKKK menubuhkan COMBI di kampung masing-masing secepat mungkin.

“Mesyuarat juga memutuskan supaya semua lokaliti wabak demam denggi ini perlu diadakan gotong royong sekurang-kurangnya seminggu sekali manakala bagi kawasan bukan wabak, gotong-royong perlu diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa demam denggi kedua di Terengganu.

Hanisah Mustafa dari Kampung Panji Alam di sini meninggal dunia Sabtu selepas dimasukkan ke hospital Khamis lalu.

Sejak 1 Jan lalu, sebanyak 108 kes demam denggi dilaporkan berlaku di seluruh Terengganu yang melibatkan dua kematian setakat semalam.

Sementara itu ketika ditemui Bernama selepas melawat pesakit denggi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Muhammad Pehimi memuji langkah pentadbiran hospital itu yang membuka tiga wad khas untuk mangsa penyakit tersebut

Katanya wad kelas kedua di tingkat lapan telah dikhaskan untuk penghidap demam denggi bagi lelaki manakala satu lagi wad di tingkat yang sama, dikhaskan untuk pesakit wanita dan wad di tingkat enam untuk pesakit kanak-kanak.


“Kita juga membuka bilik gerakan semalam bagi menangani masalah denggi ini selain membuka wad-wad berkenaan di satu tempat bagi memudahkan pengurusan dan rawatan kepada pesakit yang kian meningkat.

“Sejak pukul 7 pagi tadi, pesakit bertambah dari 94 orang semalam, menjadi 108 orang dan ia menunjukkan trend peningkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Muhammad Pehimi berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk membanteras wabak denggi termasuk mengadakan kempen ke masjid-masjid termasuk memberi peringatan ketika khutbah Jumaat.

Dalam sesi lawatan itu juga, Muhammad Pehimi turut melawat bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Terengganu Wan Ramlah Ahmad, 70, yang dimasukkan hospital itu akibat masalah buah pinggang.

Beliau yang memegang sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan merupakan bekas senator bagi tempoh 1998 hingga 2010 itu, dimasukkan ke hospital tersebut Selasa lepas dan kini beransur pulih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori