Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik K.Kangsar Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke...

Lebih 100,000 Pesawah Layak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 106,560 pesawah layak menerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah...

Wanita UMNO Berdiri Teguh...

JELEBU - Pergerakan Wanita UMNO akan sentiasa berdiri teguh di sisi Presiden UMNO...

Michelle Yeoh Jumpa Peminat...

KUALA LUMPUR : Seperti dijanjikan, bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik,...

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas Di Jakarta

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di enam lokasi di Jakarta, pagi Khamis.

Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan tindakan ini adalah perbuatan tidak bertanggungjawab pihak pengganas.

jokowi

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan ini. Kita tak perlu takut. Kita tidak akan mengalah dengan tindakan ganas seperti ini,” kata beliau yang kini dalam rangka lawatan ke Majalengka, Jawa Timur.

Menurut Jokowi lagi beliau akan segera pulang ke ibu negara Indonesia itu untuk memantau perkembangan terkini berhubung insiden yang menggemparkan seluruh Indonesia itu.

6 Letupan Bom Gegar Jakarta, Balai Polis Hancur, 4 Maut

Dalam pada itu, Jokowi meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berdarah ini.

“Saya dengar terdapat banyak laporan mengenai letupan ini. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat terperinci lagi. Saya menyampaikan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa yang terkorban.


“Saya harap semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi sehingga kita mendapat maklumat yang sahih daripada pihak polis.

“Beri masa dan ruang untuk pihak polis menjalankan tugas mereka sehingga dalang keganasan ini dapat ditangkap,” kata beliau lagi.

Beberapa siri letupan di Jakarta telah mengorbankan enam orang setakat ini.

Kompilasi Gambar Detik Cemas Jakarta Bergegar

Daesh/IS Pernah Ancam Bom Jakarta – Polis Indonesia

Satu letupan berhampiran kafe terkenal Starbucks Coffee di pusat membeli-belah Sarinah Mall dilapor telah mengorbankan tiga orang termasuk pengebom berani mati.

Walaupun ramai beranggapan ini merupakan tindakan pengganas kumpulan pelampau Islam (IS) atau Daesh, namun sehingga kini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab di atas insiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori