Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Masak Pastri Guna...

Britain – Amat memualkan dan menjijikkan. Bayangkan seorang lelaki yang mungkin sakit otak...

Melayu Bersemangat: Tapi Berbaloikah?

SEJAK Bersih 2.0 yang pertama kali berjaya mengheret masyarakat Cina secara besar- besaran ke...

Muhyiddin Umum Kabinet Bayangan...

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan barisan 'Kabinet bayangan' mereka yang...

Mahathir Gagal Jumpa Anwar...

GAGAL... Ini mungkin lucu apabila bekas perdana menteri selama 22 tahun yang ada...

JPJ Selangor Sita 65 Kenderaan Klon

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor telah menyita 65 buah kenderaan klon di negeri ini sejak 2015.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata kenderaan klon yang disita sehingga semalam termasuk kereta jenis BMW, Volkswagen, Toyota dan Subaru.

“Kenderaan ini diseludup masuk (ke Malaysia) dari Singapura oleh sindiket tertentu yang turut beroperasi di laman sosial terutama Facebook berikutan terdapat permintaan oleh pembeli di negara ini.

“Kenderaan klon ini ditawarkan semurah RM4,000 ke RM5,000 bagi kereta jenis Toyota dan setiap harga yang ditawarkan itu adalah berbeza mengikut jenama serta jenis kenderaan berkenaan,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Nazli berkata kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen sah selain menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.

“Nombor pendaftaran yang digunakan oleh kenderaan klon ini ada yang masih aktif dan sah di jalan raya. Ada juga nombor pendaftaran yang digunakan tidak aktif atau telah dilupuskan pendaftaran oleh pemiliknya,” katanya.

Beliau berkata JPJ bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam sindiket kereta klon tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Nazli meminta kerjasama orang ramai yang memiliki kenderaan klon untuk menyerahkannya kepada JPJ kerana katanya memiliki kenderaan klon merupakan kesalahan di bawah Akta JPJ 1987.


Mengenai kegiatan lori hantu di negeri ini, Nazli berkata JPJ akan mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan kenderaan itu menggunakan jalan-jalan awam.

“Lori ini berdaftar tetapi hanya dibenarkan untuk digunakan di kawasan tapak pembinaan. Sekiranya terdapat aduan lori hantu dikesan berada di jalan awam, lori ini akan disita dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengarahkan JPJ memantau kegiatan lori hantu di seluruh negara.

Arahan itu susulan insiden lori hantu yang merempuh 37 kenderaan di hadapan sebuah sekolah menengah di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kajang, Khamis lepas, menyebabkan dua pelajar terbunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori