Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Stadium Nasional Bertukar Menjadi...

KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil di sini bertukar menjadi pawagam mega...

Final Masters Malaysia Harus...

KUALA LUMPUR - Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin perlu menjadikan kejayaan mara ke...

JPS Cadang Guna SMS...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bercadang untuk memperluaskan penggunaan khidmat...

Penjenayah Rempuh Anggota Polis...

TAIPING - Dua penjenayah yang merempuh motosikal anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB)...

Jualan Mara Digital Cecah RM1.7 Juta Selepas Sebulan Beroperasi

PUTRAJAYA Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak dibuka 8 Disember lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mara Digital, yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur, kini menempatkan 38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT), katanya.

Mara Digital turut melibatkan penyertaan lima syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom, DiGi, Umobile dan Red One serta dua perkhidmatan penyedia rangkaian internet iaitu P1Wimax dan Fiber@Home.

“Mara Digital berjaya meletakkan harga produk mengikut pasaran setaraf dengan pasar raya-pasar raya yang terkenal dengan penjualan produk ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Ismail Sabri menegaskan bahawa Mara Digital merupakan salah satu daripada transformasi yang digariskan kementeriannya iaitu mewujudkan Techno-Hub Usahawan Belia Yang Berpendapatan Tinggi.


“Dalam konteks membangunkan lebih ramai usahawan ICT di bawah model holistik pembangunan keusahawanan melalui pusat ini (Mara Digital), Mara bertindak untuk mewujudkan pemborong, penyewa penampat, platform pemasaran, latihan keusahawanan dan kemudahan pembiayaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata dua buah Mara Digital akan dibuka iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam dan di Damansara menjelang Jun tahun ini, dan Terengganu juga bakal memiliki Mara Digital tidak lama lagi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]4WbjoxychYY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori