JOHOR BAHARU – Sekeluarga lima orang yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Gemereh 4, Segamat dibenarkan pulang ke rumah mereka dan dengan itu jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 26 orang setakat tengah hari ini.
Dua puluh orang daripada empat keluarga masih berada di balai raya Gemereh 4 manakala enam orang daripada tiga keluarga masih ditempatkan di balai raya Kampung Lepau di Kota Tinggi, demikian menurut portal bencana Johor.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Segamat Staf Muda (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata keadaan banjir di kawasan kampung terlibat telahpun surut.
“Berikutan keadaan banjir yang telah pulih, kami menjangkakan pusat pemindahan ini akan ditutup selewat-lewatnya petang ini dan masih menunggu pejabat daerah untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi. – BERNAMA