Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Tunai Solat...

BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri...

Geng Jutawan Dadah Tumpas

Melaka : Cuba seludup keluar lebih 83 kilogram (kg) dadah syabu dan pil...

Polis Satun Bebas 4...

BANGKOK - Polis wilayah Satun telah membebaskan dan menghantar pulang empat nelayan Langkawi...

2 Pelajar Cuba Jual...

SANDAKAN - Polis menahan dua pelajar sebuah institut latihan perindustrian di sini, yang...

Jutawan India Bersalah Bunuh Guard Sebab Lambat Buka Gate

NEW DELHI – Mahkamah India pada Rabu mendapati seorang jutawan bersalah kerana membunuh pengawal keselamatan menggunakan kenderaan SUV akibat lambat membuka pagar, kata peguam pendakwaan.

Mohammad Nisham, 39, ditahan Januari lalu selepas menghimpit pengawal itu ke dinding menggunakan Hummer kerana lambat membuka pintu pagar di kompleks pangsapurinya di selatan negeri Kerala.

Akibatnya Chandarabose, 50, cedera parah dan meninggal dunia di hospital.

“Perbicaraan itu pendek dan mahkamah mendapati tertuduh, Nisham, bersalah kerana membunuh.

Kami mahukan hukuman maksimum iaitu hukuman mati,” kata Pendakwa raya Udaya Bhanu.

Hukuman akan dijatuhkan hari ini.


Mahkamah difahamkan Nisham mengejar pengawal itu hingga ke dalam kompleks dengan Hummer dan menghimpitnya ke dinding sebelum keluar dan memukulnya dengan batang besi.

Jutawan beedis (rokok tradisional India), perhotelan dan barang kemas itu sebelum ini pernah didakwa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu Ferrari pada 2013.

Beliau dilaporkan cukup meminati kereta mewah dan memiliki banyak kenderaan berkenaan. – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori