Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Saleem, Iklim, Suci Dalam...

KUALA LUMPUR - Selepas dibuka untuk tempoh percubaan sejak 2 Jun lalu, tumpuan...

JDT Dalam Kelompok 450...

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) naik...

Anggota Kabinet Sarawak Lafaz...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini...

Pemandu, Kelindan Maut Lori...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori tangki membawa muatan simen...

Karnival One SSM Diserbu, Pengunjung Melebihi Sasaran

karnival1

Kaunter pendaftaran One SSM di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

KARNIVAL Online Networking Entrepreneurs (ONE) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjaya mencapai sasaran pengunjung sepanjang tiga hari ia berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Karnival yang berlangsung dari Jumaat hingga Ahad lalu berjaya menarik lebih daripada jumlah sasaran pengunjung iaitu 5,000 orang menerusi pelbagai program yang direncanakan.

raden
Pegawai Komunikasi Korporat SSM, Raden Amersyah Saad.

Pegawai Komunikasi Korporat SSM Raden Amersyah Saad berkata, karnival tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai perniagaan atas talian atau online kepada pengusaha serta pengunjung karnival.

“Tujuan diadakan Karnival One SSM adalah untuk memberi galakan kepada pengusaha dan bakal pengusaha online dalam usaha mereka bergelar usahawan berjaya.

“Nampaknya pengunjung semakin prihatin dengan karnival dan penganjuran Karnival One sehingga kita mampu mencapai sasaran 5,000 pengunjung malah lebih, selama tiga hari ianya berlangsung.

“Program serta tentatif program turut melibatkan seminar, kursus serta ceramah kepada para usahawan supaya mereka mendapat pendedahan sewajarnya mengenai perniagaan online,” katanya ketika ditemui Mynewshub di Plaza Alam Sentral, pada Ahad.

Siri jelajah ONE SSM sebelum ini yang berlangsung di Pahang, Johor dan Sarawak turut menerima sambutan hangat daripada golongan sasaran di kesemua lokasi terbabit.


Antara aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung karnival termasuk pameran, kaunter jualan, taklimat perniagaan online dan aktiviti untuk para belia seperti pertandingan futsal dan papan luncur.

karnival2
Staf SSM yang bersedia menjawab segala persoalan mengenai pendaftaran perniagaan.

Dalam perkembangan sama, SSM turut menaik taraf portal Ezbiz bagi membolehkan proses pendaftaran dan pernamatan perniagaan dilakukan secara atas talian bagi memudahkan pengusaha tempatan.

Selain itu, peniaga kini boleh memperbaharui sijil pendaftaran perniagaan di kesemua kaunter Bank Rakyat di seluruh negara.

Menerusi kemudahan yang disediakan ini, tiada alasan lagi buat peniaga untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori