Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

EIS Akan Dibentangkan Di...

KUALA LUMPUR - Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang akan melibatkan kira-kira 6.5 juta...

Pegawai Kanan Polis Didakwa...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

[RASMI] BN Menang DUN...

JOHOR BAHRU : Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan majoriti...

DFKL Kemenangan Hanya Berpihak...

ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya...

Karya Seni Guna Bulu Roma Belakang Badan

Seorang lelaki menggunakan sepenuhnya kelebihan mempunyai bulu roma yang panjang dan lebat di bahagian belakang badan, dengan menjadikannya sebagai satu hasil seni.

Mike Wolfe, 35, dari Nampa, Idaho, mempunyai pendekatan unik terhadap bulu roma itu iaitu dengan menjadikannya sebagai satu `lukisan’.

Bulu romanya itu dicukur mengikut bentuk yang dikehendakinya.

Dia mempraktikkan kaedah berkenaan kerana tidak mahu mencukur kesemuanya bagi membuang bulu roma berkenaan.

Dengan bantuan rakannya, Tyler Harding, Mike menjadikan misinya tercapai.


“Saya katakan padanya, Tyler….saya mahukan bendera Amerika di belakang saya. Tyler hanya ketawa dan kemudian menyatakan dia mempunyai caranya,’’ kata Mike.

Sejak itu, mereka sering bertemu. Pelbagai rekaan dilakukan di belakang Mike.

Tyler merupakan bekas pelukis grafik dan telah berkawan dengan Mike sejak lebih sedekad lalu. Ia mengambil masa selama sejam untuk menyiapkan rekaan di belakang Mike.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori