Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

95.2 Peratus Populasi Dewasa...

Sebanyak 95.2 peratus atau 22,297,446 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Singapura Terus Kekal Bandar...

SINGAPURA – Sekali lagi buat tahun kedua berturut-turut, tinjauan yang dijalankan oleh majalah...

Pelaburan Dalam Negara Wujudkan...

PUTRAJAYA - Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara telah berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan...

275 Babi Dijangkiti Demam...

SEREMBAN: Kesemua 275 ekor babi di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah...

Kawalan Keselamatan Tahap Tertinggi Kejohanan Piala Monsun

ISKANDAR PUTERI – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kawalan keselamatan sepanjang kejohanan Piala Monsun Malaysia berlangsung di Puteri Harbour Marina di sini mulai hari ini hingga 30 Jan.

Dalam memberi jaminan itu, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata polis telah membuat persediaan rapi dalam memastikan aspek keselamatan termasuk di air dan udara berada pada tahap tertinggi.

“Oleh itu, orang ramai boleh datang dengan hati yang senang untuk menyaksikan pertandingan antarabangsa ini,” katanya kepada pemberita di Puteri Harbour Marina, hari ini.

Untuk kejohanan ini, katanya sebanyak 22 pegawai dan 207 anggota daripada pelbagai unit ditugaskan bagi memastikan tahap keselamatan sepanjang kejohanan pada tahap terbaik.

Antaranya ialah Pasukan Gerakan Udara, Unit Tindakan Khas, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Polis Marin.


Ini merupakan kali kedua Piala Monsun Malaysia diadakan di Puteri Harbour Marina dan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1.5 juta.

Edisi ke-11 kejohanan itu adalah venue terakhir Jelajah Dunia Match Racing (WMRT), yang turut melibatkan lebih 15 kejohanan dunia membabitkan saingan di Perancis, Jerman, Switzerland dan Portugal.

Selain Malaysia, sebanyak 11 pasukan termasuk tiga pasukan baharu, akan bersaing pada kejohanan kali ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OfER3FJZwfI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori