Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kaspersky, Dr Mahathir Bincang...

KUALA LUMPUR – Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky Lab, mengadakan pertemuan dengan Perdana...

HAWA Gesa Tarik Balik...

PERSATUAN Hal Ehwal Wanita (HAWA) Labuan meningkatkan tekanan ke atas Perbadanan Labuan (LC)...

Majlis Resepsi Ruzaini Dihadiri...

SALAH seorang daripada pereka fesyen jenama duo terkenal Rizman Ruzaini iaitu Wan Mohd...

DAP Logo PKR Hanya...

AWAS! Orang Melayu jangan mudah keliru dan terpedaya dengan logo PKR oleh Pakatan...

Kawasan Pelupusan Sampah Haram Jadi Tempat Pembikan Aedes

TELUK INTAN – Kawasan pelupusan sampah haram dan rumah kosong yang terbiar dikenal pasti antara lokasi utama pembiakan nyamuk Aedes di daerah Hilir Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong berkata berdasarkan statistik pejabat kesihatan daerah, tempat pembuangan sampah haram menyumbang 30 peratus kepada penularan denggi, manakala rumah kosong 20 peratus.

“Masalah pembiakan Aedes banyak terjadi berdekatan kawasan pelupusan sampah haram kerana kontraktor pembersihan yang dilantik hanya memungut sampah yang ditetapkan saja.

“Kawasan sekitar rumah terbiar pula menjadi tempat pembiakan denggi kerana ia tidak diselenggara seperti air bertakung di longkang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek dan alat bantuan pemulihan kepada penerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Teluk Intan di sini, semalam.

Hilir Perak terdiri daripada Mukim Bagan Datoh; Mukim Rungkup; Mukim Hutan Melintang; Mukim Teluk Bharu; Mukim Sungai Durian; Mukim Durian Sebatang; Mukim Changkat Jong; Mukim Sungai Manik dan Mukim Labu Kubong.

Sehubungan itu, Mah yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan berkata pihak pejabat kesihatan Hilir Perak kini mengambil langkah membersihkan lot-lot kosong secara berkala bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.

Menurut Mah tahun lalu sebanyak 309 kes demam denggi dicatatkan di daerah Hilir Perak dengan satu kematian, meningkat berbanding 195 kes pada 2014 tanpa sebarang kematian.


“Sepanjang tahun lepas, pejabat kesihatan Hilir Perak mengeluarkan kompaun kepada 108 penghuni rumah kerana membiarkan pembiakan Aedes dan daripada jumlah itu 53 kes telah dibawa ke mahkamah,” katanya.

“Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengatasi wabak tersebut lebih-lebih lagi kes demam denggi dijangka meningkat sebanyak 50 peratus apabila masuk musim panas,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 9,666 kes demam denggi dicatatkan di seluruh Perak pada tahun lalu berbanding 7,554 kes direkodkan pada 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori