Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pengguna Jambatan Pulau Indah...

PELABUHAN KLANG - Pengguna jalan raya yang mahu menggunakan Jambatan Pulau Indah dinasihat...

Cemburukan Isteri, Anggota Polis...

Gara-gara terlalu tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang suami merangkap anggota polis bertindak...

Bersyukur Dengan Keamanan &...

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman,...

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-Hati...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan para pelabur memantau...

Kedah Harap Kerajaan Persekutuan Beri Bantuan Tambahan

ALOR SETAR – Kedah menaruh harapan yang tinggi agar kerajaan persekutuan memberi bantuan tambahan pada kadar segera kepada negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai segala bentuk sumbangan disalurkan kerajaan persekutuan, namun dengan keupayaan terbatas dalam menghadapi isu semasa bertahap global, bantuan tersebut amatlah diperlukan.

Katanya projek-projek yang dicadangkan kerajaan negeri seperti pembinaan Lapangan Antarbangsa Kulim (KXP) bukan hanya untuk kepentingan negeri ini tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Mengambil contoh pasukan bola sepak Kedah yang berjaya merentasi segala kekangan dan cabaran untuk menjuarai Liga Perdana, naib juara Piala Malaysia dan Pasukan Bola Sepak Terbaik 2015, Mukhriz berkata Kedah juga komited untuk menghidupkan semangat mahawangsa demi mencapai sesuatu di luar jangkaan.

Mukhriz berkata demikian dalam ucapannya sempena istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun ke-88 keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah, di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, institusi kesultanan wajib dipertahankan bagi memastikan ajaran Islam terus terlaksana dan tidak menyimpang daripada yang asal.


Mukhriz berkata, jika diimbau kembali, institusi pondok yang tersebar luas di seluruh negeri ini diasaskan oleh Kesultanan Kedah, apabila Sultan Muzaffar Shah memeluk agama Islam pada 1136 Masihi, dan memulakan pengajian agama Islam di istana dengan pembesar-pembesar negeri.

Amalan tersebut, menurutnya, berlanjutan sehinggalah pemerintahan Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah yang mengasaskan pondok-pondok agama atas nasihat mufti pada 1730.

Justeru beliau berkata, kehebatan pondok-pondok agama kini bermula atas titah perintah Sultan, dan sesiapapun tidak patut menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar seperti dihasratkan Kesultanan Kedah.

Pada istiadat itu, sebanyak 68 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bDtRK_nZHNM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori