KEK ibarat sesumpah, itulah ungkapan yang paling sesuai diberikan terhadap sebuah kek yang boleh berubah warna dan telah berjaya dihasilkan.
Pasti ramai tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan kek sesumpah? Kek sesumpah merupakan sebuah kek yang boleh bertukar-tukar warnanya.
Ia diibaratkan seperti sesumpah kerana sesumpah merupakan sejenis binatang yang boleh menukar warnanya mengikut keadaan persekitarannya.
Semestinya ramai akan beranggapan bahawa kek ini hanyalah kek palsu semata-mata dan tidak boleh dimakan. Ternyata anda salah.
Ya! Ia benar dan boleh dimakan. Seorang pembuat kek dari Amerika Syarikat, Charlotte Sometime, berjaya cipta formula dan resepi unik untuk menghasilkan kek yang luar biasa ini.
Hasil dari idea kreatif ini menyebabkan keknya kini telah mendapat perhatian dunia dan laman Youtube rasmi miliknya mula dihujani dengan pelbagai soalan tentang bagaimana kek unik ini berjaya dihasilkan.
Walaubagaimanpun, ramai penonton videonya ini tampil memberitahu bagaimana kek hebat ini dihasilkan sebelum Charlotte sendiri sempat untuk menjawab setiap persoalan ini.
Mungkin setelah membaca dan menonton video mengenai kek unik ini, ramai dalam kalangan kita akan tertanya-tanya bagaimanakah kek ini dihasilkan dan apakah rasanya kek unik ini?
Silalah belajar dan tontonlah video mengenai bagaimana cara kek ini dihasilkan. Selamat mencuba. – MYNEWSHUBCC
Sumber: Mirror UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wUitVAMqvq0]