Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Jepun Dilanda Gelombang Haba

TOKYO – Gelombang haba di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih...

Penganggur Rempit Jalani 180...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi wheelie, seorang...

Mungkin Tiada Cukai Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka tidak memperkenalkan sebarang cukai baharu semasa pembentangan Bajet...

Persidangan Dewan Rakyat Separuh...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung separuh hari bermula hari ini...

Keluarga Gembira Mohd Sukur Bertemu Jodoh Wanita Sempurna

KISAH Mohd Sukur Bin Ibrahim, 32, mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana keistimewaannya yang dilahirkan berkeadaan kurang upaya, namun berjaya mencipta kejayaan luar biasa.

Semalam merupakan tarikh keramat buat insan berjiwa besar ini apabila selamat melangsungkan persandingan dengan wanita pilihannya, Wan Nurul Syazwani Wan Mohd Yen atau Wani, di kampung halamannya di Sungai Udang, Melaka.

Baca: Majlis Raikan Cinta Sukur, Wani Disambut Meriah

16 (1)

Teruja dengan majlis gilang-gemilang ini, ahli keluarga Mohd Sukur ketika ditemui tidak dapat menahan rasa gembira mereka tatkala melihat lelaki yang cacat anggota tangan dan kaki ini melangkah menuju ke pelamin persandingannya.

Ibrahim Bin Abd Samad bangga dengan pencapaian anaknya, Mohd Sukur dalam hidup.
Ibrahim Abd Samad bangga dengan pencapaian anaknya, Mohd Sukur dalam hidup.

Bapanya, Ibrahim Abd Samad ketika ditemui berkata, Mohd Sukur merupakan seorang insan berjiwa besar. Biarpun dirinya tidak seperti insan lain, dia tidak pernah menyerah kalah dalam menggapai kejayaan.

Tambahnya, majlis perkahwinan anaknya itu menggunakan 100 peratus duit hasil titik peluh Mohd Sukur sendiri yang sememangnya tidak pernah menyusahkan ahli keluarga lain.


Ibunya, Aishah Binti Haron gembira kerana akhirnya ada insan yang ikhlas mencintai anaknya.
Aishah Haron gembira akhirnya ada insan yang ikhlas mencintai anaknya.

Ibu Mohd Sukur, Aishah Haron yang ditemui, turut menyatakan perasaan teruja dan terharunya melihat Mohd Sukur berkahwin. Dia berkata, sememangnya agak sukar buat insan seperti Mohd Sukur untuk bertemu jodoh dengan gadis yang sempurna.

Justeru Aishah sangat berterima kasih kepada Wani kerana menerima anaknya itu seadanya. Jelasnya lagi, Wani, 28, merupakan wanita yang sangat memahami keadaan keluarga mereka dan dilihat begitu ikhlas mencintai Mohd Sukur.

Tahniah diucapkan kepada Mohd Sukur dan isteri. Semoga perkahwinan dan kejayaan diraih insan istimewa ini dalam hidup akan menjadi inspirasi buat semua golongan kurang upaya di luar sana untuk terus berusaha dan berjaya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori