Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usaha Mencari Jemaah Malaysia...

MAKKAH - Usaha mencari jemaah haji Malaysia yang hilang selepas kejadian kren tumbang...

Emma Maembong – ‘Tak...

BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal,...

Visa Haji Percuma Bagi...

KUALA LUMPUR - Rezeki isteri, rezeki suami. Itulah yang dirasai oleh seorang pengunjung...

[RASMI] Sheikh Umar Gagal...

JOHOR BAHRU : Calon DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali gagal mempertahankan kerusi Dewan...

Kementerian Siasat Dakwaan Novel Pantai Kasih, Lucah

KEMENTERIAN Pendidikan mengarahkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat novel berjudul Pantai Kasih bagi komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat.

Ini susulan, kritikan orang ramai yang mendakwa novel berkenaan tidak sesuai untuk dibaca oleh pelajar kerana mempunyai unsur-unsur lucah.

BACA: Pantai Kasih, Novel Komsas Tingkatan 4 Yang Lucah?

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, jawatankuasa terbabit itu akan membuat siasatan terperinci daripada pelbagai aspek.

“Saya akan arahkan pegawai meneliti perkara ini berdasarkan beberapa aspek termasuk tema, unsur bahasa dan jalan cerita.

“Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk meneliti dakwaan ini dan saya akan respons semula dalam tempoh terdekat,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harian Metro.

Jelasnya, hasil karya yang terpilih untuk dijadikan teks pembelajaran sememangnya dikaji terlebih dahulu oleh panel seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Buku Teks serta Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah Kementerian Pendidikan.


Pemilihan novel ini sebagai bahan bacaan pelajar tingkatan empat menjadi perbualan hangat di media sosial  kerana disifatkan tidak memberi tauladan yang baik terutama hubungan intim serta gaya hidup mewah antara doktor dan jururawat.

Antara petikan ayat yang menjadi kontroversi dalam novel ini adalah;

“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha..

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=JTPQ3EAiXhA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori