Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saya Sudah Sedia Kahwin,...

PELANTUN lagu Bertakhta Di Hati, Faradhiya akui dirinya masih solo dan sibuk dengan...

Temasek Rugi RM73 Bilion...

SINGAPURA - Komuniti perniagaan antarabangsa gempar apabila sayap pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek...

Rahsia Raja Salman Derma...

JAKARTA - Ada alasan unik mengapa pihak kerajaan Arab Saudi memilih kurma sebagai...

Permintaan Terhadap Getah Asli...

KENINGAU – Permintaan terhadap getah asli oleh pihak industri terus meningkat, kata Ketua...

Kerajaan Selangor Bantu Rakyat Dengan Rumah RM800,000?

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantu memakmurkan ekonomi rakyat negeri itu dengan melaksanakan projek perumahan Azhara yang dijual pada harga RM776,550 sehingga RM838,476 seunit di Rawang, Selangor.

PKNS dalam satu kenyataan media berkata, rumah berkembar dua tingkat yang akan dilancarkan pada 31 Januari ini di Galeri Jualan Antara Gapi di Serendah dari pukul 9 pagi hingga 4 petang itu demi memenuhi keperluan orang ramai.

“Projek yang dibangunkan oleh perbadanan itu menawarkan 146 unit eksklusif yang berkeluasan 2,714 kaki persegi (kps) dan 2,796 kps ditawarkan pada harga bermula RM776,550 sehingga RM838,476.

“Ia mencorakkan rekaan moden dan kontemporari bakal melengkapkan kehidupan dalam persekitaran yang selesa dan damai kepada pembeli PKNS,” kata kenyataan itu hari ini.

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (1964) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Menurut PKNS, projek yang ditawarkan itu merupakan kediaman ideal yang berinspirasikan kepada gaya hidup urban yang memaparkan seni bina mengikut trend semasa dengan rekaan moden dan praktikal.


Jelas PKNS, projek berkenaan terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Stesen Komuter Serendah, Pasaraya Giant serta memiliki akses mudah melalui Lebuhraya Utara Selatan.

“(Projek) Azhara yang terletak di Antara Gapi hanya 12 kilometer (KM) dari pekan Rawang dan 30 minit perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Azhara sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin membeli hartanah di Lembah Klang kerana ia memenuhi keperluan sasaran pelbagai pasaran pengguna,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]eETD5XiH93E[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKNS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori