Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Minyak Sawit: 100 Tahun...

"MINYAK kelapa sawit adalah anugerah alam buat Malaysia dan ia merupakan anugerah Malaysia...

Kesian.. Budak Merintih Sakit...

GAMBAR seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan sedang menangis akibat bibirnya digigit seekor cicik...

Mohd Sharim Angkat Sumpah...

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Mohd Sharim Md Zain mengangkat...

Melaka Mohon Semula Bangunkan...

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan...

Kertas Siasatan Kes Mangsa Culik Palsu Bakal Diserah

SHAH ALAM – Kertas siasatan berhubung kes penculikan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, pada  27 Disember lalu, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Selasa ini.

Siasatan secara menyeluruh terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 19 tahun dan rakan yang bersubahat memberikan tempat tinggal kepada pasangan itu masih lagi berjalan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat, berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dalam jagaan sah.

“Nur Amirah kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini, bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut, manakala teman lelaki dan rakannya itu masih ditahan reman.

“Sekiranya laporan perubatan mendapati Nur Amirah dirogol, teman lelakinya juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik portal BH Online pada Sabtu.

Baca: Gadis Rakaman Culik Menipu, Rupanya Lari Ikut Boyfriend!

Juga: Tipu Satu Malaysia, Netizen Kecam Gadis ‘Culik’

Mohd. Yusoff berkata, Nur Amirah, 14 tahun; akan ditempatkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sementara waktu selepas dibenarkan keluar dari hospital itu.


Pada 27 Disember tahun lalu, Nur Amirah dilaporkan hilang secara misteri berdekatan dengan kediaman keluarganya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang dekat sini.

Kes kehilangan mangsa ini mula menjadi viral menerusi laman sosial tempatan selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar secara meluas.

Bagaimanapun, pada kira-kira 7.45 petang 31 Disember lalu, Pasukan Penyiasat Khas Polis Kontinjen Selangor, yang ditubuhkan bagi menyelamatkan Nur Amirah berjaya menemui remaja itu.

Mangsa dijumpai bersama-sama dengan teman lelakinya itu ditahan di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting dekat sini selepas dikesan di Putrajaya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori