Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

BNM Akan Permudahkan Penggabungan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk memudahkan penggabungan bank jika...

Tiada Pekerja: Perak Alami...

IPOH: Masalah kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang di...

Pesara Terkejut Tinggal Hanya...

SEORANG pesara Jabatan Tanah dan Survei terkejut apabila mendapati wang dalam akaun Kumpulan...

Bukan Niat Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23...

PAN Dakwa Kes Cerai Meningkat Pun Salah Kerajaan?

KUALA LUMPUR – Pembangkang mendakwa kegagalan kerajaan mendidik masyarakat tentang institusi kekeluargaan punca kadar perceraian di Malaysia naik mendadak dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.

Parti Amanah Negara (PAN) berkata, kes cerai di Malaysia kononnya meningkat kerana aspek pendidikan suami isteri dan ibu bapa tidak dipandang berat oleh pihak berkuasa selama ini.

“Pasangan suami isteri perlu mempunyai ilmu dan berkesefahaman dalam tanggungjawab mendidik anak-anak kerana seringkali urusan dan tekanan berkaitan membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi antara punca perbalahan suami isteri.

“Malang sekali kursus pra-perkahwinan selama ini yang diwajibkan ke atas pasangan yang belum berkahwin tidak menekankan tentang pendidikan ini.

“Ia sebaliknya menjadi tempat penceramah menghabiskan membuat jenaka dan bercerita tentang kisah-kisah dalam kamar yang tidak sepatutnya diceritakan kepada awam atas akhlak dan sifat seorang muslim,” dakwa PAN dalam satu kenyataan media hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak, Mohammad Tazli Azizan dan Pengarah Komunikasi Angkatan Wanita PAN Perak, Putri Nurizatulshira Buang.

PAN turut menuduh kegagalan kerajaan membantu mengimbangkan kehidupan pasangan suami isteri di antara tuntuan keluarga dan kerjaya punca kadar penceraian meningkat.

“Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang bertungkus lumus mencari nafkah dan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama pasangan dan anak-anak,” kata mereka. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori