Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Warga Tawau Zahir Sokongan...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa...

Warga Emas Terima Padah...

GARA-GARA mahu berseronok dengan wanita yang berusia 50 tahun lebih muda daripadanya, seorang...

Alam Flora Kutip 24,000...

PUTRAJAYA - Misi pasca banjir Alam Flora Sdn Bhd di Kelantan dan Pahang...

Pasangan Lakukan Seks Guna...

SEPASANG pelajar dari Vietnam terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka dan pendarahan...

Kes Saman Fitnah Najib – Dr Ling Disaran Guna Proses Mediasi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, diselesaikan melalui proses mediasi.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk John Louis O’hara membuat cadangan itu selepas kes berkenaan disebut dalam kamarnya hari ini.

Beliau berkata berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk melalui proses mediasi itu. Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk proses mediasi itu yang akan diadakan di pusat mediasi di sini.

Mohd Hafarizam berkata mahkamah menetapkan 18 Feb depan untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan proses mediasi itu.

“Sekiranya terdapat permohonan interlokutari yang ingin dikemukakan oleh plaintif (Najib), mahkamah mengarahkan supaya permohonan itu difailkan dalam masa 14 hari bermula hari ini,” katanya sambil menambah bahawa pihaknya akan memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan Dr Ling esok.

Pada 27 Okt tahun lepas, Najib menyaman Dr Ling, selaku defendan, antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya, daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.


Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan dalam portal berita pada 3 Okt tahun lepas menerusi satu artikel.

Perdana Menteri mendakwa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan niat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian dan perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan tanpa apa-apa asas atau bukti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori