Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Harap Rentas Negeri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kelonggaran pergerakan rentas negeri...

Di Sebalik Spekulasi, UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang...

PAS Pusat Minta PAS...

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua...

740 Rumah PPR Bakal...

SUNGAI PETANI - Sebanyak 740 unit rumah teres di bawah Projek Perumahan Rakyat...

Kit Siang Puji Melambung Parti Amanah

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) adalah penyelamat kepada gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat yang terpaksa dibubarkan pada tahun lalu akibat PAS.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, pembubaran Pakatan Rakyat merupakan saat paling gelap kerana harapan rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kesampaian.

“Kerajaan BN dan UMNO merupakan satu bencana dan liabiliti kepada negara. Namun pembentukan PAN dan seterusnya membentuk Pakatan Harapan bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyelamatkan keadaan ,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Rakyat berkubur akibat pertikaian diantara DAP dengan PAS dan PKR berhubung cadangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Cadangan PAS dibantah PKR dan DAP menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi meneruskan kerjasama dengan PKR bagi ‘menjaga’ kerajaan Selangor.


Kit Siang dalam pada itu menegaskan, Pakatan Harapan perlu memastikan Perak kembali diperintah oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau bagaimanapun mengakui usaha itu tidak mudah kerana UMNO mengutarakan tentang kepentingan Islam dan Melayu sebagai kempen politik. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]_56IGUBKab4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori