Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ketua Pesuruhjaya SPRM Digesa...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Tawar RM1.8 Juta Untuk...

DAR ES SALAAM - Keluarga bilionair termuda Afrika hari ini menawarkan satu bilion...

Shila Bakal Gegarkan Arena...

SIAPA yang tidak kenal dengan pemilik vokal lagu Patah Seribu? Anak kepada ND...

Aset Tambahan Untuk Selamatkan...

PETALING JAYA - Kerajaan akan menambah bilangan anggota penyelamat dan menggerakkan lebih banyak...

K’jaan T’ganu Tambak Segera 3 Kawasan Dilanda Hakisan Akibat Ombak Besar

KUALA NERUS – Tiga kawasan yang mengalami hakisan akibat fenomena ombak besar iaitu pantai Paka di daerah Dungun, Setiu Wetland di daerah Setiu dan Tanjung Gelam di sini akan ditambak segera, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, tindakan awal telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) apabila peruntukan RM700,000 telah diluluskan kerajaan pusat bagi menambak segera kawasan pantai Paka bermula minggu depan.

“Sebenarnya kerajaan pusat telah meluluskan RM8 juta bagi kerja-kerja penambakan di pantai Paka tahun hadapan manakala sebanyak RM700,000 bagi kerja-kerja itu tahun ini,” katanya.

Beliau berketa demikian kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dilanda hakisan akibat fenomena ombak besar melanda kawasan Pantai Tanjung Gelam, dekat sini, semalam.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan, Pengarah JPS, C.C Poobalan dan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman.

Ahmad Razif berkata, bagi kawasan pantai Setiu Wetland pula, kerajaan pusat turut meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta yang mana sebanyak RM1 juta diluluskan tahun ini untuk kerja-kerja reka bentuk projek penambakan itu.

Mengenai Pantai Tanjung Gelam pula, Ahmad Razif berkata, sebenarnya kerja-kerja menambak batu-batu di pesisir pantai telah dibuat sebelum ini bermula di Kampung Tok Jembal hingga ke pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepanjang 250 meter.


Katanya kerja-kerja menambak itu akan disambung sehingga satu kilometer lagi hingga ke Tanjung Gelam.

“Untuk itu kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan segera sebanyak RM1 juta bagi kerja-kerja menambak kawasan pantai Tanjung Gelam bagi penyelesaian sementara di mana kerja-kerja sedang berjalan sekarang,” katanya.

Sementara itu kerajaan negeri menawarkan bantuan rumah berharga RM40,000 seunit kepada tujuh penduduk Kampung Tanjung Gelam yang kediamana mereka rosak akibat dilanda ombak besar semalam.

“Kita juga menawarkan kepada mangsa, rumah mampu milik bernilai kira-kira RM68,000 yang dibina kerajaan di sekitar kawasan itu dengan memberikan peruntukan sebanyak RM25,000 sebagai bayaran pendahuluan.

Kalau mereka tetap tidak mahu pindah, kita akan membaiki atau membina rumah baru untuk mereka di kawasan kediaman sekarang. Namun sebelum itu kita mahu kepastian dari JPS yang kawasan itu benar-benar tidak merbahaya dan selamat untuk didiami,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori