PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida membuat kejutan pada malam pembuka tirai Konsert Mega Gegar Vaganza semalam dengan memperkenalkan barisan pemain pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) di Panggung Sari, Istana Budaya.
Lapan pemain yang hadir diperkenalkan oleh Datuk Seri Vida sendiri sebaik Zul Handy Black selesai membuat persembahan.
Warna Pink Latari Majlis ‘Signing’ Kontrak Pasukan PQP TRW
Pemain yang hadir ialah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Nor Farhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.
Turut hadir pada konsert itu ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Semalam, KAFA telah menandatangani kontrak dengan penaja utama mereka, Pamoga Qu Puteh di Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Pamoga Qu Puteh akan menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta bagi dua musim Liga Super. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar