Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hari Raya Nyepi Di...

DENPASAR - Setiap kali sambutan Hari Raya Nyepi di seluruh Bali, pulau peranginan...

Nicol Jatuh Ke Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David jatuh tiga anak tangga...

Penderma Darah Berpeluang Naiki...

KOTA BHARU - Buat pertama kalinya orang ramai yang menderma darah sempena Kempen...

Beri Masa Kementerian Kewangan...

PETALING JAYA - Kementerian Kewangan perlu diberi masa untuk mencari ahli perniagaan Low...

Krisis Politik Kedah: Mukhriz Terima Apa Jua Keputusan

JERLUN – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya.

Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata apa sahaja berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.

“Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam ini.


“Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya,” tegas beliau.

Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan UMNO Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ko7VFJzIeVQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori