Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

P. Ramlee Tak Pernah...

SUSULAN kenyataan penerbit tersohor, David Teo yang dikatakan menghina seniman agung Tan Sri...

Pembekal Barang Kemas Ditahan...

AWALNYA dia adalah mangsa samun tetapi selepas membuat laporan polis, seorang pembekal barang...

Pusat Hiburan ‘Kebal’ Diserbu

KUALA LUMPUR - Selepas dipercayai beroperasi lebih 30 tahun tanpa diperiksa, ‘kekebalan’ sebuah...

EAIC Mahu Syor Buang...

SEPANG : Kira-kira 40 penjawat awam, termasuk penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

Kuil Batu Caves Mula Jadi Tumpuan Ribuan Penganut

KUALA LUMPUR – Walaupun sambutan Thaipusam hanya tinggal seminggu lagi namun suasana sambutan mula terasa apabila lebih 50,000 penganut Hindu mula membanjiri kuil Batu Caves sejak awal hari ini.

Penganut warga kota dan banyak dari luar bandar raya mengambil peluang cuti sempena sambutan Ponggal Jumaat lepas, untuk berkunjung ke Batu Caves.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam, Tan Sri R. Nadarajah berkata sejak semalam, sejumlah 3,000 penganut Hindu telah menunaikan nazar membawa ‘Pal Kudam’ iaitu belanga susu.

“Penganut sudah mula membanjiri Batu Caves sejak semalam berikutan cuti hujung minggu, dan mereka telah mula menunaikan nazar dengan membawa ‘Pal Kudam dan Kavadi’,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung, termasuk pelancong asing, dijangka bertambah malam ini kerana cuaca lebih sejuk dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Ahad depan.

Penganut Hindu akan menyambut Thaipusam pada Ahad ini bagi memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya, Dewi Parvati, bagi menghapuskan kuasa jahat, ‘Soorapadman’, dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

Tinjauan Bernama mendapati ribuan penganut berpakaian warna kuning dengan menjunjung belanga mengandungi susu, mencukur rambut dan ada yang membawa anak dalam ‘buaian tebu’ menaiki 272 anak tangga menuju ke kuil itu untuk melaksanakan nazar masing-masing.

Sementara pelbagai gerai termasuk menjual makanan, minuman, pakaian dan barang-barang sembahyang telah mula dibuka di kawasan kuil berkenaan.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik juga mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada pengunjung yang hadir pada hari ini.


Sambutan Thaipusam secara rasminya akan bermula pada Jumaat ini dengan perarakan ‘Pedati Perak’ yang dijadualkan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee ke Batu Caves pada pukul 10 malam.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Hindu akan menyediakan 400 sukarelawan untuk membantu dalam pembersihan perkarangan kuil sempena kempen ‘Bebas Sampah Thaipusam’.

Eksekutif MPMA Bagi Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan, Sri Umeswaran Sekar berkata sukarelawan ini akan ditempatkan di 30 lokasi utama di sekitar Batu Caves untuk mengutip sampah yang dibuang oleh pengunjung dan penganut.

“Kami percaya inisiatif ini akan membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan dalam proses pembersihan selepas sambutan ini selain mengekalkan kehijauan persekitaran kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen itu di sini hari ini.

Beliau berkata kempen pembersihan itu akan bermula pada pukul 10 pagi pada Sabtu ini dan akan berakhir pada pukul 6 petang pada hari berikutnya.

Katanya tahun lepas sejumlah 280 tan sampah dikutip berbanding 200 tan pada 2014. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]x1lV-aCA6D0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori