Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpedaya Video Latih...

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan video-video latih amal...

Rakyat Kelantan Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Meskipun telah meminta maaf kerana kata-kata yang diungkapkan dilihat menggores...

Dadah Bernilai Hampir RM...

SEREMBAN - Dadah pelbagai jenis bernilai RM432,470 dilupuskan dalam operasi pelupusan barang kes...

Nilai Rumah Tidak Terjual...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rumah-rumah yang tidak terjual...

Lantang Bersuara Di Facebook, Ayda Jebat Anti Najib?

SIAPA yang tidak kenal pelakon kecik molek, Ayda Jebat? Meskipun kurang menyerlah ketika menyertai Akademi Fantasia, populariti yang dikecapi selepas membintangi drama Rindu Awak 200% jelas membuktikan dia telah diterima ramai.

Malah, percaturannya menerusi single Siapa Diriku turut membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan dan sering diputar di kebanyakan stesen radio.

Bagaimanapun kebelakangan ini, timbul tanda tanya ramai apabila Ayda dilihat sering memuatnaik berita atau laporan blog berkaitan isu politik yang tidak diketahui kesahihannya menerusi laman Facebook.

Apa yang jelas, berita dan laporan blog yang dikongsikan itu berbau anti kerajaan termasuk mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara entri yang dimuat naik adalah satu artikel bertajuk ‘Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dari Cengkaman Najib’.

060116AydaJebat

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Facebook atas nama ‘Ayda Jebat’ yang mempunyai 122,927 Likes, benar-benar milik atau dikendalikan sendiri selebriti kelahiran Melaka ini.

060116AydaJebat_2


Hal ini kerana hasil pemeriksaan Mynewshub mendapati terdapat beberapa lagi laman Facebook lain yang menggunakan nama artis tetapi kemungkinan besar bukannya dikendalikan oleh mereka tetapi pihak tertentu yang menggunakannya untuk mendapat perhatian dan banyak Likes dengan cara mudah.

Bagi kami, molek kiranya Ayda memberi penjelasan tentang akaun rasmi sebenar yang digunakan olehnya agar tidak menimbulkan salah faham peminat.

Tambahan pula, kita tidak mahu Ayda menerima nasib seperti penyanyi Soo Wincci yang menerima padah selepas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

BACA: Desak PM Letak Jawatan: Soo Wincci Sedia Terima Padah

Soo Wincci sebelum ini, terpaksa menanggung hutang dan hampir muflis selepas beberapa penaja konsertnya menarik diri ekoran tindakan model dan penyanyi itu mengkritik pentadbiran negara menerusi media sosial.

Dalam pada itu, panggilan telefon yang kami buat kepada Ayda berangkat namun dia memberitahu sedang menjalani penggambaran dan meminta dihubungi semula esok. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wezKwu9FsWE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori