Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pensyarah UniSZA Meninggal Dunia...

KUALA TERENGGANU - Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal...

PM Britain Terkenang Saat...

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron mendedahkan bagaimana gambar yang memaparkan seorang...

Bomoh Ibrahim Mat Zin...

NAMPAKNYA dukun Raja Bomoh Malaysia sudah kembali!! Kali ini, bomoh yang mendakwa dirinya...

“Demi Masa Depan Anak,...

HANYA kerana marahkan pepijat, dia sanggup mengucapkan 'selamat tinggal' kepada rumah sewanya dan...

Lapan Rumah Di Kota Bharu Musnah Dilanda Ombak Besar

KOTA BHARU – Lapan rumah musnah akibat dilanda ombak besar berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Pulau Kundur di sini malam tadi.

Tinjaun Bernama mendapati kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian dinding dan turut dipenuhi pasir setinggi kira-kira 2 meter yang dibawa bersama ombak Laut China Selatan.

Seorang mangsa, Rohani Hasan, 51, berkata kejadian yang berlaku pukul 9 malam tadi agak luar biasa berbanding sebelum ini menyebabkan banyak harta bendanya musnah.

“Limpahan air laut biasa memasuki rumah setiap tahun tetapi kali ini agak luar biasa kerana bukan hanya air yang memenuhi rumah tetapi disertai pasir yang banyak.

“Ombak terus menerus menghempas rumah kami sehingga dinding rumah roboh dan banyak barang termasuk pakaian, kasut dan buku sekolah anak dihanyutkan ke laut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kundur di sini hari ini.

Rohani berkata mereka sekeluarga kemudiannya menyelamatkan diri dengan menumpang di rumah saudaranya yang terletak berdekatan.

“Kami akan pindah ke pusat pemindahan hari ini. Saya tidak sanggup berdepan kejadian seperti malam tadi lagi. Sepanjang malam saya tidak dapat tidur dan hanya terfikir mengenai tsunami,” katanya yang menjangkakan kejadian itu akan berterusan beberapa hari lagi.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Hanifah Umat, 54, berkata dia buntu memikirkan nasib yang dialami selepas rumah yang didiami lebih 30 tahun lalu itu rosak teruk.

“Saya amat sedih kerana satu-satunya rumah yang ada tidak dapat diduduki lagi. Suami hanya seorang nelayan dan terpaksa menyara tujuh anak,” katanya.

Hanifah berkata untuk sementara waktu mereka sekeluarga akan berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundur di sini.

Kesemua rumah yang rosak teruk itu terletak hanya kira-kira 5 meter dari pantai dan lebih 15 lagi rumah yang terdapat di sepanjang Pantai Kundur turut berdepan risiko hakisan akibat ombak besar.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 41 mangsa daripada 9 keluarga telah dipindahkan ke SK Pulau Kundur.

Katanya proses pemindahan berjalan lancar dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami akan terus memantau kawasan terbabit kerana dijangkakan angin kencang dan laut bergelora akan berterusan sehingga malam ini,” katanya.

Sementara itu di BACHOK, kira-kira 100 nelayan di Pantai Kemayan di sini, bimbang dengan kejadian angin kencang dan ombak besar yang melanda kampung itu malam tadi.

Ombak besar itu menyebabkan kampung berkenaan dibanjiri air laut sedalam kira-kira 0.4 meter sejak pukul 7 malam dan beransur surut lima jam kemudian.

Bendahari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung itu, Daud Abdullah berkata ombak besar berkenaan membadai kampung itu sehingga 200 meter dari pantai.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman lepas, kejadian ombak besar itu akan berterusan untuk beberapa hari lagi dalam musim tengkujuh ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairu Yusoff berkata pihaknya sentiasa memantau dan bersiap sedia untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat sekiranya diperlukan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Rqv50aU8ppg[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • ombak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori