PELIK tetapi benar, itulah yang terjadi kepada Jamie Keeton dari Illinois, Amerika Syarikat, yang menghadapi masalah sakit kulit di bahagian kepala namun mampu menjana pendapatan hasil daripada kekurangannya itu.
Penyakit ‘misteri’ yang dihadapi oleh Jamie Keeton itu membolehkan objek-objek berat melekat di bahagian kepalanya seperti botol dan tin air minuman.
Ternyata keunikkan yang dimiliki Jamie Keeton, 47; yang digelar Can Head ini membolehkan dirinya mendapat pelbagai tawaran dari syarikat pengeluar air ternama yang meminta dia menjadi model dan jurucakap produk minuman keluaran mereka.
Selain itu, Jamie Keeton juga pernah diundang oleh Ellen DeGeneres untuk menjadi tetamu bagi rancangan bual bicaranya serta pernah ke China untuk cabaran memecahkan rekod dunia dengan kebolehan meletakkan tin minuman terbanyak di atas kepalanya.
Dia pernah bertemu dengan doktor untuk memeriksa keadaan kulitnya ini, namun doktor mengesahkan tiada apa sebarang masalah kritikal yang dihadapi olehnya.
Semoga penyakit misteri kulitnya ini akan sentiasa membawa kebaikan kepada Jamie Keeton. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Daily Mirror
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=fJmwGhDRW48]