Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ujian Patologi HTAR Sah...

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa ujian di Jabatan Patologi di Hospital...

Janda Anak 2 Dicekup...

KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal ditahan bersama suami orang dipercayai berkhalwat dalam...

Mayat Gadis Dicuri Untuk...

MAYAT seorang remaja dicuri dari kuburnya di China dan disyaki ia dilakukan untuk...

Sekat Bukti Perbicaraan, Guan...

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan memfailkan...

Lelaki Lepas Tembakan Dalam Restoran Makanan Laut

IPOH – Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan laut dua tingkat di Medan Ipoh di sini, malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu, suspek yang memakai topi kaledar masuk ke aras bawah restoran berkenaan lalu melepaskan tembakan ke arah siling kedai.

“Kejadian berlaku kurang daripada seminit, selepas itu suspek terus melarikan diri.

“Semasa kejadian hanya terdapat tiga pelanggan serta seorang pekerja di dalam restoran,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Menurut Sum pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan dan beberapa kedai di kawasan sekitar untuk mencari petunjuk.


“Kita juga rakam percakapaan pekerja, pemilik restoran serta kedai bersebelahan dan ini adalah kes pertama melibatkan premis ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori