Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kejam, Boleh Senyum Selepas...

PEREMPUAN ini, Krystle Villanueva sepatutnya direjam sampai mati. Dia memang tidak ada perasaan...

Mendiang Ibu Sedang Siram...

TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu...

Usul Mesyuarat Khas Parlimen...

KUALA LUMPUR - Usul bagi Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan...

Acara Atau Parti Gay...

MANILA – Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang...

Lelaki Ragut Wanita Ditahan Di George Town

GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis bertindak mengejar dua lelaki yang meragut seorang wanita di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini malam tadi, berjaya menahan seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal mendekati mangsa yang berada di tepi jalan dan sedang memegang telefon bimbit serta beg tangannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata ketika hampir dengan mangsa, pembonceng motosikal itu turun dari kenderaan berkenaan dan terus meragut beg tangan serta telefon bimbit yang dipegang wanita tersebut sehingga menyebabkan mangsa berusia lingkungan 20-an terbabit terjatuh.

“Mangsa yang terjatuh sempat menjerit meminta tolong dan kebetulan empat anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terdengar wanita itu menjerit.

“Dalam masa yang sama anggota polis itu ternampak seorang lelaki memakai topi keledar visor gelap melarikan diri di laluan pejalan kaki di situ dan mereka bertindak mengejarnya sebelum ditangkap setelah berlaku pergelutan,” katanya di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata manakala rakan lelaki itu yang berada di atas motosikal jenis Honda EX5 bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaannya selepas melihat polis mengejar rakannya.


Katanya pemeriksaan ke atas lelaki yang ditahan itu polis tidak menemui barang yang diragutnya bagaimanapun dia mengaku meragut mangsa.

Lelaki yang berasal dari Taiping, Perak itu dipercayai baru datang ke Pulau Pinang semalam dan bertindak sedemikian kerana tiada wang, katanya.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 21 tahun yang tidak bekerja itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis kini sedang giat mengesan rakannya yang melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori