KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menawarkan bantuan kepada Indonesia dalam apa jua cara susulan beberapa serangan bom yang menggegarkan Jakarta hari ini.
Dalam tweet terkini beliau, perdana menteri nyatakan rasa terkejut dan amat sedih dengan serangan itu.
“Malaysia sentiasa sedia membantu dalam apa juga cara. Ingatan dan doa kepada rakyat Indonesia,” kata Najib.
Menurut laporan, sekurang-kurangnya enam orang, tiga daripadanya anggota polis, terbunuh manakala beberapa orang yang lain, termasuk anggota polis, cedera dalam siri letupan di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Ketua Bahagian Hubungan Manusia Polis Republik Indonesia Anton Charliyan berkata beberapa lelaki bersenjata, yang turut membawa bom tangan, melancarkan serangan berhampiran Restoran Starbucks di Sarinah Mall di Jalan MH Thamrin, Jakarta, pada 10.50 pagi ini. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]zDJK8pDAzFs[/wpdevart_youtube]