SEORANG bayi berusia lapan bulan maut manakala dua ahli keluarganya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh lori pasir di Jalan Mersing, Kluang, Johor, tengah hari Sabtu.
BACA: Dua Cedera, Dua Lagi Dikhuatiri Maut Lori Hantu Terbabas
Dalam kejadiaan kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa bersama kakak serta ibunya itu dikatakan sedang menunggu dalam kereta mereka yang diletakkan di kawasan parkir di hadapan sebuah klinik.
Selain kenderaan yang dinaiki mangsa, lori pasir berkenaan turut melanggar dua kenderaan lain yang berada berhampiran kenderaan mangsa.
Menurut sumber Facebook Daily Traffic Report, kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek lori pasir berkenaan.
Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Pada Khamis lalu, dua pelajar sekolah berusia 13 tahun maut manakala, dua lagi orang awam cedera selepas sebuah lori hantu yang juga ada masalah brek melanggar mereka di hadapan SMK Bandar Damai Perdana, Kajang.
BACA: Ada JPJ, SPAD, Trafik – Semua Makan Rasuah Ke?
Kejadian kemalangan itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang bertindak menyalahkan pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC