Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Iktiraf UEC Atau DAP...

PETALING JAYA - DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Otai Reformis Pelik Anwar...

Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa segera mewujudkan jawatankuasa inkuari bagi menyiasat apa yang...

RTM Siar Kejohanan MotoGP...

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung 10 sirkit...

Kejam, Majikan Tawar Pampasan Jika Keluarga Biar Pekerja Mati

Beijing – Seorang pekerja kilang di Yunnan yang mengalami lecuran pada 99 peratus badannya selepas terjatuh dalam tong besar berisi sisa buangan disuruh membunuh diri selepas majikannya enggan membayar yuran perubatannya.

Xinhua melaporkan, Yuan Longhua, 38, jatuh ke dalam tong berkenaan pada 1 Ogos lalu selepas bekerja selama 13 jam tanpa rehat di kilang milik majikannya, CQC Group.

Sejak itu, Yuan menjalani lima pembedahan graf kulit selain kaki kanannya terpaksa dipotong.

Awal Oktober lalu, CQC mula melewatkan bayaran perubatannya selain cuba memujuk abangnya, Longyun untuk menghentikan rawatan supaya mangsa meninggal dunia dan syarikat akan membayar pampasan kepada keluarganya.

Wakil syarikat dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada Longyun, berkata: “Kami mencadangkan anggota keluarga menyuruh hospital menghentikan rawatan. Selepas dia mati kami akan membayar pampasan.”

Longyun kemudian menjawab: “Maksud kamu, kami patut melakukan eutanasia? Kamu tidak akan menyediakan rawatan untuknya?”

Namun, katanya, dia tidak menerima jawapan kepada soalan itu.

“Sejak kemalangan adik saya, majikannya tidak pernah sekalipun datang melawat.


“Kami tidak mempunyai nombor telefon dan hanya mampu menghubunginya melalui wakil syarikat,” kata Longyun.

Katanya, sejak CQC mengelak bayaran, keluarganya berjaya mengumpulkan 30,000 yuan (RM19,000) untuk meneruskan rawatan. Malangnya, adiknya masih berhutang 90,000 yuan (RM5,800) untuk yuran perubatannya.

CQC kini mencari cara untuk membayar rawatan Longhua, namun seorang doktor yang mengendalikan kes itu berkata, syarikat itu tidak bijak menangani isu berkenaan.

“CQC tidak sepatutnya menangguhkan pembayaran. Jika bayaran dibuat secepat mungkin, mangsa juga mendapat rawatan sepatutnya dengan segera seterusnya tidak memerlukan wang lagi untuk rawatan susulan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori